Hari ini saya belajar tentang ujian. Ujian yang Allah bagi tu merupakan satu antara dua, sama ada untuk detachment atau balasan Allah.Ini pilihan yang Allah bagi kepada orang Muslim bergantung kepada reaksi kita terhadap ujian tersebut.
Sekiranya dengan ujian itu membuat kita lebih banyak bertenang, bersabar, bermuhasabah, bersyukur, berdoa mengharap kepadaNya, maka ujian itu adalah detachment kita daripada perkara-perkara dunia yang melalaikan. Proses ini tidak lain hanyalah proses pembersihan diri kita yang telah deviate sikit dari path yang betul dan sekiranya kita “lulus” dengan ujian ini, maka akan diangkatkan darjat kita.
Case Study #1 :
Ahmad ada isteri. Dia ada masalah rumahtangga dengan isterinya. Kalau Ahmad bersabar, muhasabah balik diri sendiri kat mana silapnya, insyaAllah rahmat Allah itu akan hadir selepas itu. Maka dengan izinNya, rumah tangga mereka akan bahagia.
___________________________
Sekiranya dengan ujian itu kita marah, sedih, murung, stress dan kesemuanya meleret-leret tanpa had, maka ujian itu satu bentuk balasan kepada kita di dunia.
Case Study #2 :
Rashid ada isteri. Dia ada masalah rumahtangga dengan isterinya. Kalau Rashid react dengan kata-kata kesat, mencaci isterinya, mencari kesalahan orang lain selain dirinya, memukul anak dan isterinya, maka Rashid akan jauh dari rahmat Allah, malah akan menjadi lebih jauh.
Walaupun reaksi ini di tangan anda, namun ianya bergantung kepada hubungan kita dengan Allah selama ini. Mari muhasabah. Sebelum rahmat Allah itu tidak terjangkau lagi.