Tuesday, January 3, 2012

Q.I.S



this is Qis when she was 1 years old


my niece will starts darjah 1 tomorrow. 
seriously has it been 7 years already? *down*
anyhow, may another 12 years Acu could visit you here in UK =)

p/s : Qis, study smart, bawa perubahan kepada agama dan negara kita k?


and this is she now =) a very brilliant grown up girl

Monday, January 2, 2012

Meruncing


Risau. Sedih. Bimbang

Negaraku Malaysia pada suatu ketika dahulu penuh aman. Rakyat hidup selesa dan makmur. Namun ada segelintir yang masih berhempas pulas demi kelangsungan hidup.

Akhir ini, seperti ada dua arus yang kebangkitan yang bersemarak. Arus perubahan politik secara vokal dan lantang, serta arus pembentukan individu berakhlak dan intelektual.

Arus perubahan politik lebih berunsurkan provokasi dan tuntutan perubahan drastik berpaksikan kesamarataan antara rakyat. Big result, fast.

Arus pembentukan individu lebih kepada perubahan akar umbi yang bervisikan perubahan jangka panjang namun sangat diyakini efektif.

Matlamat kedua-dua perjuangan adalah mulia, namun caranya amat berbeza.
 
Aku lebih meyakini perjuangan pembentukan individu, yang sekarang ini popular dengan gelaran OSEM.


Tuesday, December 13, 2011

Life Test


Hari ini saya belajar tentang ujian. Ujian yang Allah bagi tu merupakan satu antara dua, sama ada untuk detachment atau balasan Allah.Ini pilihan yang Allah bagi kepada orang Muslim bergantung kepada reaksi kita terhadap ujian tersebut.

Sekiranya dengan ujian itu membuat kita lebih banyak bertenang, bersabar,  bermuhasabah, bersyukur, berdoa mengharap kepadaNya, maka ujian itu adalah detachment kita daripada perkara-perkara dunia yang melalaikan. Proses ini tidak lain hanyalah proses pembersihan diri kita yang telah deviate sikit dari path yang betul dan sekiranya kita “lulus” dengan ujian ini, maka akan diangkatkan darjat kita.

Case Study #1 :
Ahmad ada isteri. Dia ada masalah rumahtangga dengan isterinya.  Kalau Ahmad bersabar, muhasabah balik diri sendiri kat mana silapnya, insyaAllah rahmat Allah itu akan hadir selepas itu. Maka dengan izinNya, rumah tangga mereka akan bahagia.
___________________________

Sekiranya dengan ujian itu kita marah, sedih, murung, stress dan kesemuanya meleret-leret tanpa had, maka ujian itu satu bentuk balasan kepada kita di dunia.

Case Study #2 :
Rashid ada isteri. Dia ada masalah rumahtangga dengan isterinya. Kalau Rashid react dengan kata-kata kesat, mencaci isterinya, mencari kesalahan orang lain selain dirinya, memukul anak dan isterinya, maka Rashid akan jauh dari rahmat Allah, malah akan menjadi lebih jauh.


Walaupun reaksi ini di tangan anda, namun ianya bergantung kepada hubungan kita dengan Allah selama ini. Mari muhasabah. Sebelum rahmat Allah itu tidak terjangkau lagi.


Friday, December 9, 2011

Be a Man



Seorang lelaki harus ada visi
Lepas subuh tak tido lagi

Seorang lagi harus punya kualiti
Lepas masak terus kemas serba serbi

Seorang lelaki harus punya misi
Tingkatkan kualiti diri

Seorang lelaki harus mencari

Baru nanti cepat dapat calon isteri =P
 




Wednesday, December 7, 2011

Syukur



Budak kecik selalu x dpt buat mcm2 sebab mak kata "kamu kecik lg...nnt dh besar nk buat, buat lah.."
Tapi bile dh besar ni ramai org akan ckp "i miss my childhood.."

Rindu bukan maksudnya mahu. Impian bukan maksudnya mampu.



Thursday, December 1, 2011

P.I.L.O.T





"Good morning ladies and gentlemen. Welcome aboard. My name is Captain Nur Muhammad Safwan Azman. I'll be your pilot for today's flight MH 002 from Kuala Lumpur to London. The journey would take 12 hours and we are scheduled to arrive in London at 8am local time. For the time being, just sit back and relax and our cabin crews are always around to assist you. Have a pleasant journey."


*kecik-kecik dulu selalu cakap sorang2 berangan cmni. nak sangat jd pilot dulu. but skrg semuanya lain. dan Allah itu sebaik-baik perancang. =)

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"(Al-Baqarah : 216)



Wednesday, November 30, 2011

UK Strike



Hari ini, 30 November 2011, ada demonstrasi terbesar seluruh UK. Terbesar dalam 30 tahun. Hampir 2 juta populasi menyertai.

Saya lihat, semua pihak rasional. Demonstrator rasional kerana mereka merasakan hak mereka dirampas. Polis rasional kerana mereka bertindak mengawal demonstrasi. Saya lihat sendiri dalam sebuah video di BBC. Ada juga polis yang mendahului perarakan. Dan saya beranggapan, bukan menyertai, tapi mengawal. Semua tersusun. Tiada perasaan yang ditunjuk. Hanya menyatakan ketidak puashatian. Bunyi demonstrasi yang paling kuat hanyalah bunyi hon-hon tangan yang biasa di dengar di stadium bola.

Pihak kerajaan juga rasional. Saya percaya arahan kepada polis dikeluarkan. Dan arahan itu saya percaya berbunyi begini. “Polis, mereka nak berdemo. Maka pastikan keadaan terkawal, aman dan makmur. Tidak lebih, tidak kurang.” (of course David Cameron cakap dalam accent British English, bukan bahasa Melayu)

Ini hasil jika semua bertindak rasional. Tiada ego untuk mempertahankan kebenaran yang belum pasti.