Hari ini, 30 November 2011, ada demonstrasi terbesar seluruh UK. Terbesar dalam 30 tahun. Hampir 2 juta populasi menyertai.
Saya lihat, semua pihak rasional. Demonstrator rasional kerana mereka merasakan hak mereka dirampas. Polis rasional kerana mereka bertindak mengawal demonstrasi. Saya lihat sendiri dalam sebuah video di BBC. Ada juga polis yang mendahului perarakan. Dan saya beranggapan, bukan menyertai, tapi mengawal. Semua tersusun. Tiada perasaan yang ditunjuk. Hanya menyatakan ketidak puashatian. Bunyi demonstrasi yang paling kuat hanyalah bunyi hon-hon tangan yang biasa di dengar di stadium bola.
Pihak kerajaan juga rasional. Saya percaya arahan kepada polis dikeluarkan. Dan arahan itu saya percaya berbunyi begini. “Polis, mereka nak berdemo. Maka pastikan keadaan terkawal, aman dan makmur. Tidak lebih, tidak kurang.” (of course David Cameron cakap dalam accent British English, bukan bahasa Melayu)
Ini hasil jika semua bertindak rasional. Tiada ego untuk mempertahankan kebenaran yang belum pasti.
No comments:
Post a Comment