Thursday, November 24, 2011

Spread Love

Politik. Bila bincang pasal politik, semua orang suka. Hangat perbincangan berlangsung. Tak dinafikan, saya juga kadang kala asyik dengan perbincangan politik itu.

Ok, jom kita duduk kejap. Tenangkan minda dengan segala kekusutan politik yang melanda.

Pada pandangan minda saya yang masih lemah ini, orang suka berbincang tentang politik ini punya visi yang jauh. Cakna dengan masa depan negara. Sungguh terpuji sekali sifat insan seperti ini.

Namun, berbincang dan mengkritik politik negara merupakan dua dimensi yang berbeza.

Mudah. Berbincang memiliki dimensi ilmiah dan intelektual yang tersendiri. Perbincangan mungkin tidak terpengaruh dengan anasir-anasir ketaksuban yang berat sebelah. Diskusi politik lebih menjurus kepada keprihatinan terhadap pembangunan insan yang menagih keadilan yang saksama.

Mengkritik pula memiliki dimensi yang berbeza. Kritikan terpengaruh dengan unsur partisan yang nyata berat sebelah. Perjuangan sebelah pihak dianggap paling mulia dan di sebelah pihak lagi bagaikan jijik tanpa secalit kebenaran.

Di kedai-kedai kopi, mengkritik lebih banyak dilihat dari berbincang. Kritik politik, x susah sangat kot. Cari kesalahan parti yang tidak disokongnya, hentam habis-habisan.

Berbincang agak sukar. Perlukan timbang tara yang adil dan daya pemikiran kritikal supaya matlamat pembangunan insan dapat dicapai.

Ermmm..wahai pengkritik-pengkritik sekalian, kalau sekadar maklumat yang menjadi senjata anda hanyalah dari Youtube, media sosial, blog, media perdana dan seumpamanya, mungkin anda hanya patut simpan rapi maklumat itu untuk diri sendiri dan fikir, cukup sahih ke maklumat ini? Kalau aku bawak info2 ni kat FB, dan orang lain percaya lantas menyebarkannya, tapi nyata kesahihan masih samar, agak banyak juga kerja Malaikat Atid kelak sekiranya info itu tidak benar.

Fokus utama kita adalah pembangunan insan. Untuk berdiskusi politik sehingga mampu untuk membangunkan insan, hanya para bijak pandai yang mampu. Kita mungkin hanya mampu berdiskusi tapi BELUM mampu membawa diskusi itu untuk pembangunan insan. Tapi sedarkah kita sebenarnya pembangunan insan boleh bermula dari rumah? “Eh benda ni semua orang faham kot bro. Spread love lah senang cite.” Tapi, kalau kita buat survey, berapa ramai malam ni dia makan malam dan solat berjemaah bersama semua isi rumah? Berapa ramai ibu bapa yang puji anak kecil dia walau sekali hari ni? Berapa ramai suami yang berterima kasih kepada isteri yang gosok baju kerja dia hari-hari? Berapa ramai yang hari ni mampu membuatkan ibu bapanya tersenyum?

Spread love peeps. 


No comments:

Post a Comment