Sunday, November 27, 2011

Terima Kasih



Terima kasih.

Pelik. Sejak dari kecil lagi, aku percaya, korang dah familiar dengan phrase ni.

“Yeay dpt duit raya!” “Cakap ape boboy?” “Terima kasih uncle =) ”


Dekat kelas, sepanjang 11 tahun di sekolah, sehari tah berapa kali ucap “Terima kasih cikgu”.
Siap berintonasi lagi. Semua sekolah 1Malaysia intonasi sama.

Tapi bila dah besar, langkahan kaki ke alam dewasa seakan menghilangkan ketamadunan masyarakat.

Mungkin kita tak sedar bahawa ucapan terima kasih ini merupakan satu penzahiran kesyukuran diri kita di atas segala pertolongan dan sumbangan orang lain. Kita tak sedar bahawa sumbangan orang lain itu pada hakikatnya bukan dari orang itu, tetapi dari Dia. Orang itu cuma perantara antara Dia dengan kita.

“Time kasih pn tidak! Pastu siap nak komplen2 lagi!”


Nah. Impak 2 perkataan ini boleh sampai menimbulkan perbalahan. Keadaan jauh lebih baik sekiranya pada awal lagi 2 kata ini diucapkan.

Sorry KRU. Wrong move this time. Lain kali, daripada cipta lagu 3 kata yang agak ‘lame’ itu, lebih baik cipta lagu 2 Kata. "Terima kasih". Dapat juga pahala.

Salam Maal Hijrah 1433




No comments:

Post a Comment