Exam. Sakit. Stress. Masalah.
Dugaan yang rata – rata dialami oleh semua orang. At any point in life, pasti kita akan ditimpa musibah.
Tatkala terkena musibah itu, kita pasti akan kembali padaNya. Doa tidak putus – putus, mengharapkan bantuannya. Jantung pasti berdegup kencang, sambil mengharapkan doa dimakbulkan.
“Surely, with difficulty is ease. With difficulty is surely ease”
[Al-Insyirah : 5-6]
Janji Allah itu pasti. Pengulangan Allah dalam dua ayat berturut – turut bersebab. Dan setiap perkataan yang difirmankan juga bersebab.
Maka lihat diri kita sekarang. Senang. Selesa. Kita telah dikeluarkan dari kesusahan itu.
Tapi berapa ramai yang dekat dengan Allah tatkala senang? Adakah kita terus berdoa seperti waktu susah kita dulu? Adakah kita solat dan mengaji ketika kita terdesak mengharapkan pengkabulan doaNya?
Lihat musibah dari dimensi berbeza. Sekiranya kita tidak ditimpa kesusahan, masakan kita mampu menghargai kesenangan.
Jadikan waktu susah kita sebagai bekalan waktu senang. Kerana syukur itu bukan hanya dibibir.
Bagi yang sedang ditimpa musibah, tenanglah. Senyumlah =). Kerana janji Allah itu pasti. Bagi yang sedang meniti kebahagiaan, bersyukurlah. Dan nyata, syukur itu bukan hanya dibibir. Ujian dan nikmat itu datang dengan pakaian yang berbeza, namun berkongsi matlamat yang sama. Untuk menilai jiwa hamba yang bersyukur.
Peringatan untuk diri sendiri yang selalu lalai.

No comments:
Post a Comment