Friday, October 15, 2010

T.o.R.n

Pagi ini aku bangun jam 6.30 pagi. Usai solat subuh, aku membuat beberapa panggilan, dan kemudian terus aku menyambar buku Financial Maths kepunyaan Taf untuk aku menelaah. Kira-kira satu jam setengah aku membelek-belek formula yang amat sukar difahami, perut mula menginginkan perhatian. Ku turun ke dapur lalu memotong 2 batang pisang menjadi ketulan-ketulan kecil dan ku masukkan ke dalam cawan yang tiga suku penuh dengan fresh milk. Banana cereal, sajian breakfast yang ku cipta sendiri memang menjadi kegemaranku. Hidup di bumi UK tanpa kehadiran nasi lemak, roti canai atau cucur udang di waktu pagi memaksa diri ini menjadi lebih kreatif mencipta makanan baru untuk mengubat hati. Ku masukkan segenggam cereal ke dalam mug lalu ku alas perutku seadanya sambil menonton perlawanan badminton Commonwealth Games antara England dan Malaysia. Malaysia menang emas pada perlawanan itu. Bangga sungguh hati kecilku menggetus.

Aku mula membancuh satu jug Teh O panas. “Untuk satu rumah sekali,” bisik hati kecilku.

Housemateku yang berwajah Iran, Taf, kebetulan demam pada malam sebelumnya. Menghirup secawan Teh O panas selepas bangun dari tidur pasti melegakan buatnya fikirku.

Tidak sampai 5 minit kemudian, housemateku Et  keluar dari biliknya meluru ke dapur. Mungkin perutnya sama seperti ku juga, meronta-ronta ingin diberi perhatian. Manja sungguh sang perut. Et membakar dua keping roti. Aroma roti bakar sangat membangkitkan nafsuku untuk turut menjejak langkah Et membakar roti. Walaupun kadang kala muak dengan roti kerana hampir setiap meal (breakfast, lunch n dinner) menjamah roti, namun roti juga ku sambar kali ini. Nasib pelajar merantau, tiada banyak pilihan makanan. Malaysia boleh ku ibaratkan syurga makanan dunia. Teringat bazaar ramadhan yang ku lewati pada cuti summer lepas.


Jam 11.00 pagi, setelah mandi dan berdandan menggunakan perfume DKNY Red Delicious yang ku beli di eBay tempoh hari, aku terus keluar dari rumah, berjihad. Kelas pertamaku pada hari ini adalah di bangunan Engineering Sciences.  Kelas kedua ku pula di bangunan Electrical and Electronic, agak hampir dengan rumahku.

Dalam kelas yang kedua, di kala itu, jam menunjukkan pukul 1.15 tgh hari. Kelas tersebut akan berakhir jam 2 petang. Dugaan besar menjelma. Fokusku terhadap Dr. Makris Miltos sangat hambar. Walaupun lagaknya seakan Steve Jobs, pengasas produk Apple, aku tetap tidak tertarik untuk mendengar hujahnya mengenai Pareto Efficiency pada hari ini. Mata ku berat. Perutku lapar. Sudah beberapa kali kepala ini mematuk angin kerana terlalu mengantuk. Tika tersedar, aku mula membayangkan  sepaket pasta segera yang ku beli di Asda Hypermarket Jumaat lepas. Packagingnya yang menggiurkan dengan gambar semangkuk pasta yang sangat creamy dan cheesy dihadapannya mengkhayalkan aku. Baru ku sedar sudah lebih 5 jam perutku dibiarkan tanpa perhatian.

Habis sahaja kelas, aku meluru ke Library untuk memulangkan buku yang ku pinjam.  Setelah library, rumah ku menjadi destinasi pilihan.  Aku meluru ke dapur dan mencari paket pasta segara yang sejak dari tadi bermain-main difikiranku. Tanpa berfikir banyak, aku mengikut instruction masakan di belakang paket tersebut. Setiap arahan dituruti dengan patuh sekali.

Susu, done.

Air sejuk, done.

Pasta segera, done.

Sausages? Eh, sedap jugak kalau tambah sket. Potong la 2 batang buat tambah rencah.

Sausages, done.

Semuanya ku masukkan dalam periuk aluminium buatan Itali yang mungkin disedekahkan oleh postgrad yang sudah pulang ke Malaysia tempoh hari. Paket pasta tadi ku buang terus ke dalam tong sampah recycle yang disediakan. Pujian selayaknya kepada warga Britain kerana kesedaran yang amat tinggi terhadap alam sekitar sehinggakan tong sampah untuk barang-barang kitar semula disediakan di setiap rumah.


Kacauan perlahan aku kenakan kepada campuran pasta itu tadi. Aromanya naik ke udara sejuk rumahku yang pada firasatku berada pada suhu sekitar 10-12 darjah celcius. Luar biasa sejuknya hari ini. Pinggangku terasa lenguh mungkin kerana banyak menggigil. Setelah 5 minit mengacau, aku mula berasa pelik. Aromanya seakan bau kiub pati ayam yang biasa kami gunakan untuk memasak. Pada mulanya, ku sangkakan itu hanyalah bau campuran rempah dan bahan perasanya. Tapi rasa was-was ku kian memuncak. Ku ambil kembali paket pasta segara itu yang telah aku buangkan ke dalam tong sampah recycle.



PASTA WITH CHICKEN AND MUSHROOM



Owh..meronta-ronta jiwaku melihat perkataan chicken pada paket tersebut. Di saat perut yang sangat lapar, menginginkan suatu yang sangat menyelerakan di hadapan mata itu, akhirnya nafsu terpaksa ditundukkan buat seketika.

“Macam mana boleh tersilap ni. Takkan la x nampak perkataan “chicken” kat situ. Sah-sah la haram,” rungut hatiku kepada kekhilafan diri sendiri.

Setelah aku buangkan semua pasta dalam periuk Itali tersebut, aku kembali kepada makanan normalku di UK. ROTI.

Malam ni giliran aku masak. Nasi ayam menjadi pilihanku. Semoga terubat rindu kepada tanah air.


p/s : aku yakin nasi ayam aku halal sebab aku beli dekat kedai ayam halal. owh, btw, housemate2ku cakap, sambal nasi ayam aku sedap  =D    ~*puas*~

Friday, October 1, 2010

Sorry

"Wan, aku rase ciri-ciri feminisme dalam diri kau ni tinggi lah."

Sorry..
I know I am highly sensitive..
Always paranoid with sumthg dat I shudn't..

Sorry..
I know i am expressive..
Always neglect your feelings in expressing my sorrow towards wut you've done..
Eventhough the thing you did is not even close to be called wrong..

Sorry..
I know i feel a bit insecure..
I promised to recover.. 
But deep inside im still suffering..
The scar is there..and every time i look at it, it bleeds..

Sorry..
I know i am selfish..
Never been satisfied with your attention..
Craving for more n more...

I hate myself everytime you cry..
I hate myself everytime you sigh..
I hate myself everytime your guilt is high..


"Wan, patience is sweet..it is..sabar sket eyh..." =)