Tuesday, June 7, 2011

Pembelai Emosi Masyarakat Melayu



Dalam adik-beradik aku, aku sorg je lelaki. memang lumrah kaum wanita, suka tengok drama melayu. so bila majoriti dalam rumah adalah kaum wanita, drama melayu memonopoli televisyen berbanding perlawanan bola sepak. so aku pun dah agak terbiasa menonton drama-drama melayu TV malaysia. ada yang not bad, ada yang meleret2.


and sekarang kat malaysia, masih lagi seperti itu. terlalu banyak lambakan melodrama yang disajikan di televisyen. kat Malaysia sekarang, ada satu drama ni yang agak hangat sambutannya, sampaikan kt FB banyak sgt fanpage drama ni diwujudkan dan bila baca komen2 dalam tu, mmg nampak la drama ni menjadi kegilaan ramai. kiranya ala2 macam zaman Nur Kasih and Adamaya dulu lah. so since aku pun baru abis exam semalam, aku pun try la tgk drama ni kat Youtube. 


mcm biasa lah, melodrama melayu banyak main ngan emosi dan perasaan. pertengahan jalan ketika menonton drama tersebut, satu soalan tercetus dalam benak fikiran aku.


adakah drama melayu menzahirkan realiti sebenar kehidupan masyarakat melayu atau masyarakat melayu terlalu terpengaruh dengan melodrama tersebut sehingga menzahirkan apa yang ada di TV ke realiti kehidupan sebenar? 

from my observation, dalam kesemua drama-drama melayu, lebih banyak yang meruntun perasaan daripada yang menjana minda. tidak dinafikan ada drama-drama melayu yang baik, tetapi majoritinya lebih kepada mainan perasaan dan emosi. 


fine, xpelah. itu kreativiti penulis skrip. mungkin penulis skrip yang ingin membuat drama atau filem yang menjana minda ada, cuma tiada penerbit yang mahu menerbitkan atas alasan cerita sebegitu akan kurang mendapat sambutan kerana peminat lebih suka drama/filem yang membelai emosi mereka.


tapi bayangkan lah eh, audience yang menonton drama-drama ni kebanyakkannya suri rumah, nenek-nenek di kampung, pesara-pesara tetap dan pelajar-pelajar sekolah. wanita-wanita berkerjaya mungkin tiada masa untuk menonton disebabkan kekangan waktu pekerjaan (drama melayu series slalu ditayangkan petang2). audiens2 yang aku sebut tadi, mereka ni kebanyakkannya hanya menjadikan TV untuk mengetahui perkembangan dunia luar. akses mereka untuk menerima perkara-perkara ilmiah sangat terhad. kalau yang celik IT, mungkin tiada masalah sebab mereka mampu untuk mencari bahan bacaan ilmiah di internet. tapi untuk yang tidak celik IT, drama-drama inilah sajian mereka seharian. 


the point yang aku nak sampaikan is, perkembangan minda mereka terhad apabila menonton drama-drama sebegini rupa. emosi dan perasaan mereka terlalu dibelai-belai sehingga mereka lupa diluar sana, jutaan lagi masalah dan realiti kehidupan sebenar perlu ditangani bersama. masyarakat Melayu terlalu disuap dengan masalah-masalah seperti hasad dengki, mengumpat, rampas tunang orang, tutup periuk nasi orang lain etc. Mesej-mesej sebegini yang terdapat dalam lambakan melodrama melayu. Tidak dinafikan mesej-mesej sebegini bagus tapi ruang lingkupnya sangat terhad dengan kehidupan masyarakat setempat sahaja. Sedangkang dunia pada hari ini mempunyai masalah yang lebih dari itu. 


Berapa ramai anak muda Malaysia yang tahu masalah Palestine? Berapa ramai anak muda Malaysia yang tahu masalah ekonomi dunia? Berapa ramai di antara mereka yang tahu apa maksud Hari Nakhba? Berapa ramai anak muda yang tahu isu Perkasa dan Utusan?

Bandingkan pula dengan bilangan anak muda yang tahu perkembangan semasa Lisa Surihani? Perkembangan semasa AF 9? Siapa yang terkeluar pada Maharaja Lawak minggu ini?


Bukan salah untuk berhibur, namun biarlah mencari hiburan yang sesuai dan seimbangkan dengan bahan-bahan ilmiah selain daripada buku-buku pelajaran yang sememangnya wajib dibaca itu. Dan kepada penerbit-penerbit drama dan filem-filem melayu, sajian anda sudah jauh ketinggalan. Masyarakat Melayu sudah muak dengan mesej drama/filem berkaitan dengan hasad dengki, tamak etc. Sampai masa untuk mendidik masyarakat dengan cerita-cerita yang mampu membawa audiens ke satu tahap pemikiran yang lebih pintar.                             



No comments:

Post a Comment