Sunday, July 10, 2011

Kisah Aiman, Cikgu Saleh dan Salam



Aiman baru darjah dua. Dia suka matapelajaran Matematik. Cikgu Matematiknya bernama Saleh.


Cikgu Saleh seorang yang kaya raya. Dan anaknya juga belajar dalam kelas yang sama dengan Aiman. Anaknya bernama Salam.


Pada suatu hari, Cikgu Saleh buat pengumuman di kelas, satu minggu sebelum ujian pra-peperiksaan pertengahan tahun. "Sesiapa yang mendapat markah  95% ke atas, cikgu akan berikan hadiah Aiskrim McFlurry. Sesiapa yang dapat markah lebih rendah dari itu, cikgu tetap akan berikan hadiah, iaitu Aiskrim Malaysia berperisa Asam Boi.


Aiskrim McFlurry mmg menjadi kegemaran Aiman. Tempoh seminggu sebelum peperiksaan digunakan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.


Salam juga suka aiskrim McFlurry. Namun, dia hanya mengambil sikap sambil lewa terhadap peperiksaan yang bakal berlangsung. Dia terus menerus bermain tanpa ada effort utk belajar.


Hasil usaha berterusan Aiman membuahkan hasil. Dia mendapat 98% dalam peperiksaan matematik itu. Manakala Salam hanya mendapat 72% dalam peperiksaan yang sama. Namun keputusan sebenar itu belum lagi diberitahu kepada murid-murid Cikgu Saleh.


Cikgu Saleh bermain kotor. Dia tahu yang anaknya Salam sukakan Aiskrim McFlurry. Kerana tidak ingin anaknya kecewa, dia telah menambah markah Salam menjadi 95% dan menurunkan markah Aiman kepada 83%.


"Tahniah cikgu ucapkan kepada Salam kerana hasil usahanya yang berterusan, dia berjaya mendapat 95% dalam peperiksaan Matematik kali ini. Oleh itu, cikgu hadiahkan Aiskrim McFlurry ini kepada murid kesayangan cikgu merangkap anak kandung cikgu ini."

"Thx daddy," jawab Salam

Ketika ditanya kepada Aiman tentang perasaannya, "Aiman x kesah. Dah dpt aiskrim malaysia ni pun Aiman dah happy sgt. Aiman sayang Cikgu Saleh sbb dia selalu bagi hadiah kat Aiman. Terima kasih Cikgu Saleh. Tahniah jugak kat Salam sebab berjaya dapat 95%. Aiman tau Salam memang pandai.X belajar pn die boleh dpt." 


2 comments:

  1. Boleh terangkan maksud tersirat ceritera pendek ni? gua kurang faham lah

    ReplyDelete
  2. Aiman = rakyat marhaen
    Cikgu = govt./FED/richest 1%
    Salam = kroni kepada "cikgu"

    ReplyDelete