Tuesday, June 28, 2011

Aku Sayang Malaysia



Alhamdulillah, tepat jam 10.01 malam, 25 Jun 2011 aritu, tayar pesawat Airbus 320 yg aku naiki mendarat di LCCT. Teruja, seronok, bahang menemaniku sepanjang perjalananku dari pintu pesawat ke lapangan terbang. Setelah selesai pemeriksaan immigration dan mengambil bagasi, aku terus menolak trolley ke arrival hall untuk berjumpa dengan keluarga tersayang.

Seperti yang ku jangka, kesemua ahli keluarga menjemputku pada malam itu. Gembira, namun agak terkilan kerana yang istimewa tidak dapat hadir atas urusan keluarga. Namun ketika sampai di arrival hall itu, ku lihat wajah itu sedang berbual dengan ibuku. Hatiku kembali teruja. Dia dah pandai buat surprise. hehe.. :)



Fine, guna ayat biasalah. Kekok lak nk guna ayat novel nih..haha..


Keesokkan hari, aku pergi ke KLCC untuk menukar duit plus shopping sket2. Agak rimas mata aku melihat anak muda belasan tahun yang berada di KLCC itu. Dengan dress up mengalahkan Beyonce dan Pitbull, mereka berhibur bersama rakan-rakan.


On the way balik ke rumah, once again aku rasa rimas. Kali ni dengan pengguna2 jalan raya di Malaysia. Setahu aku, kerajaan xde pulak kuar statement haramkan penggunaan signal kereta. And xde lak JPJ buat rules time traffic light kuar kaler merah, penunggang motosikal boleh curi2 jalan kalau xde kereta.

Serba x selesa aku. Baru dua hari di Tanah Air.



Dalam kereta, ada sorang penyanyi, beri nasihat khidmat masyarakat. Generally yg aku igt la, dia nasihatkan kepada student2 Malaysia, sesiapa yang berhasrat untuk further study overseas, teruskan la usaha yang bersungguh2 sebab kita xkan tau how good is our country selagi kita x keluar dari sini, dan rasai sendiri pengalaman berada di negara orang. Artis ni dikhabarkan mmg study kt overseas untuk beberapa tahun. So aku percaya yg dia ckp atas pengalaman, bukan just dibayar untuk iklan tersebut.

Aku mmg sgt2 stuju dengan artis tu. Setelah bermastautin di England selama 2 tahun, byk yg aku pelajari dari ketamadunan penduduk British. 



Peramah
Aku berani cakap customer service di UK mmg sgt2 terbaik. Pergilah ke kedai ape2 pun, baju, kasut, souvenir, hampir setiap kali aku shopping, time tgh2 tgk barang tu, for sure akan ade pekerja dia yang approach aku dan bertanya "hey mate, are u alright there?". Kat Malaysia, sgt jarang kita nak counter dengan situasi2 sebegini. Yang banyak disajikan adalah muka masam, layan nak xnk bajet cm pelakon KL Gengster.

Courtesy

Kat UK, semua smokers dilarang merokok dalam premis. Diorang kene keluar bangunan, baru boleh smoking. Kawan aku pernah counter dengan situasi camni. Time tu die tgh lepak depan pintu sebuah bangunan ni (outdoor). Mungkin nak ambil angin or sumthing. Situ mmg pot mat2 n minah2 saleh ni smoking. Tp diorg punye concern dgn orang lain, ade sorg mat saleh ni tny kat kawan aku, "do u mind if i smoke here?".
Kat Malaysia pn aku rase, rules yang sama digunapakai. Dalam premis mmg xleh merokok. Apetah lagi di tempat2 awam. Tapi yang slalu aku n kawan2 aku counter, contohnya kat kedai makan, ramai je yang merokok selamba. Macam dia sorg je yg makan kt kedai tu. And yang lebih menyakitkan hati, makin dia perasan kita x selesa dengan perangai dia tu, makin dia buat muka bangga dan makin rancak lak dia merokok. 
Udara ni Allah punya. Nikmat yang dia berikan ni adalah untuk semua manusia menghirupnya. Pada aku lah, orang yang merokok kat tempat awam sampai menimbulkan ketidakselesaan orang lain, dia dah ambil hak orang lain untuk menghirup udara segar kurniaan yang Maha Esa. Aku x berani lah nk jatuhkan hukum tp yang pastinya perbuatan itu x baik disisi agama. 
Kat UK tu, diorg tu bukan Islam pun. Tapi diorang faham and dapat grab yang kita ni hidup dibawah langit yang sama. Sangat tidak adil diorg merokok, dpt melepaskan ketagihan mereka but at the expense orang lain terpaksa hirup udara kotor. Diorg bukan islam tp ada nilai2 akhlak islam dalam diri mereka. Subhanallah. :) semoga mereka diberikan hidayah.

Safety

Kat Malaysia, sgt bahaya kalau kita jalan sorang2 malam. Nanti ada peragut la, penyamun la, simbah asid la. Tapi kat UK, cuak tu cuak gak la, tp aku still rasa selamat kalau balik 1am or 2am dari library ke rumah.

Road bullies lak mmg obvious Malaysian drivers champion. Meby kalau x bawak laju, x langgar lampu merah, bagi signal, bukan Malaysian drivers namanya. Semuanya berasal dari sikap x sabar ketika berada di jalan raya. Padahal dari skolah dah kenal quote ni "sabar itu sebahagian dari iman". tapi semua lalu kt telinga je. X sampai kat hati. 

Newspaper 

Newspaper kt UK, kebanyakkan berita adalah mengenai ekonomi negara, pembangunan dan masalah2 rakyat. Kat Malaysia lak, rata-rata boleh tau ape yang dipaparkan. Kalau paper tu ada 20 page, 80% isu politik kotor, hentam sana sini, sumbangan kerajaan (akhbar perdana), sumbangan pembangkang (akhbar tabloid) dan lain lain. 
____________________________


Aku bukan lah nak claim yang negara luar tu 100% bagus. Diorg ada jugak corruption, crime, kacau periuk nasi orang lain etc., Tapi masalah2 ni x obvious mcm kat Malaysia, sehingga menimbulkan ketidakselesaan rakyat. For me, Malaysia is physically aman, tp tidak harmony. Most of people (not all) ada hatred to each other. X boleh tgk orang lain sng sket, ada je hasad dengki, nak curi hak orang lain la, tutup periuk nasi orang lain.

Pada aku, root sebenar masalah ini adalah hati yang kotor. Masakan tidak, 


Kalau hati kita bersih, kita akan percaya yang rezeki ini nikmat Allah kepada hamba2Nya yang dia kehendaki. Allah dah janji, siapa usaha lebih, dengan cara yang halal, ada ganjarannya. 


Kalau hati kita bersih, kita akan sedar yang merokok di tempat awam bukan sekadar melanggar peraturan dunia, malah mengambil hak udara segar orang lain. Dan setahu aku, perbuatan ini dilaknati Allah. 


Kalau hati kita bersih, kita akan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Xdela time layan customer, muka masam bagai nak rak. Confirm ke kita dengan kesucian dan kebersihan gaji yang kita dapat kalau time kerja kita buat sambil lewa? 


Kalau hati kita bersih, kita tau yang meragut, merompak, menyamun, merogol, simbah asid tu sume perbuatan keji.


Kalau hati kita bersih, instead of mengata orang, kita akan mendoakannya agar diberikan petunjuk sepanjang perjalanan hidupnya. Hidayah tu milik Allah. Allah boleh bagi pada sesiapa sahaja dan jangan lupa, Allah boleh tarik anytime He wants. Nauzubillah. 
Dari Ibnu Rawaahah kepada Abu Dardaa' : "Sesungguhnya, hati lebih cepat berbolak balik dari isi periuk yang sedang menggelegak."


Kalau hati kita bersih, kat jalan raya, kita akan bersabar dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.   


Mungkin orang akan cakap, "hekeleh mamat ni, baru 2 tahun kt overseas, dah ckp mcm2 pasal negara sendiri." Tapi, this is why kenapa aku setuju dengan nasihat artis dalam radio yang aku cerita pada awal td.


Dan buat pelajar-pelajar luar negara, lepas abis study tu, kalau hangpa suma kerja kat overseas, atas alasan Malaysia x best atas sebab2 yang aku nyatakan td, hangpa suma selfish. Baliklah. Pulanglah ke tanah air. Kita dah belajar ketamadunan manusia di negara maju. TIba masa kita contribute kepada orang ramai. Betulkan apa yang tidak betul.

DONE. Wallahualam.

2 comments: